Langkau ke kandungan utama

Catatan

Catatan terbaharu

'Autisme' Anak Istimewa Pembawa Ke Syurga

Program ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keberkesanan intervensi renang terhadap kanak-kanak Autisme. Kajian akan mengenalpasti perubahan kanak-kanak Autisme sebelum dan selepas mengikuti intervensi renang dari aspek BMI, KNR dan Kekuatan Maksimum Otot. Selain itu, kajian ini juga akan mengenalpasti pencapaian kanak-kanak autisme dalam ujian masa renang 50m.

Selamat Datang

Pengenalan Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama autism ialah : Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism. Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku diseba...