Langkau ke kandungan utama

PARAMETER PEMANTAUAN PRESTASI

 

PARAMETER PEMANTAUAN PRESTASI

1.0              Penilaian prestasi

Penilaian prsetasi peserta dalam program ini dilaksanakan menggunakan parameter berikut :

1.      BMI – Jisim Indeks Badan

2.      KNR – Kadar Nadi Rehat

3.      Kekuatan Maksimum Otot Tangan

4.      Ujian Masa 25m, 50m dan 100m

 

2.0       Protokol penilaian

2.1       Protokol penilaian parameter BMI

2.1.1    Prosedur pengukuran

            BMI diukur menggunakan link berikut :

https//www.malaysiatercinta.com/2015/05/kalkulator-dan-formula-bmi-body-mass.html

2.1.2    Justifikasi

Ukuran BMI diambil sebagai salah satu parameter ujian untuk menentukan sejauh mana kesan aktiviti renang terhadap perkembangan autisme dari segi kecergasan dan kesihatan. BMI akan menentukan tahap risiko kanak-kanak autism terhadap kesihatan. Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa dalam rantau Asia dengan rekod setinggi 23.7 peratus daripada mereka mengalami masalah obesiti atau kegemukan.

Kajian My Portal Health Malaysia menunjukkan 1 daripada 4 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah obesiti. Kanak-kanak autisme juga tidak terkecuali berisiko untuk mengalami masalah obesiti. Program intervensi renang ini diharapkan dapat membantu kanak-kanak autism mendapatkan BMI normal.

 

 

 

2.2       Protokol penilaian parameter KNR

2.2.1    Prosedur pengukuran

Kadar Nadi Rehat (KNR) ialah denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, ketika bangun daripada tidur, Kira denyutan nadi selama 10 saat. Darabkan jumlah denyutan nadi 10 saat dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit. Contoh:-12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

2.2.2    Justifikasi

The American Heart Association menyarankan kaedah pengukuran KNR yang paling baik ialah pada waktu pagi sebelum melaksanakan sebarang aktiviti. Ukuran KNR diambil sebagai salah satu parameter ujian untuk menentukan sejauh mana kesan aktiviti renang terhadap perkembangan autisme dari segi kecergasan dan kesihatan. KNR akan menentukan tahap kesihatan kanak-kanak autism sebelum dan selepas mengikuti program intervensi renang ini.

Pengukuran kadar nadi rehat sangat penting kerana KNR mempengaruhi tahap kesihatan. KNR normal bagi kanak-kanak ialah 6 – 15 tahun ialah 70 – 100 denyutan seminit. KNR yang lebih rendah menunjukkan tahap kecergasan yang lebih baik. Sekiranya terlalu tinggi, individu berisiko mempunyai penyakit kardiovaskular. Oleh itu amat penting mengetahui KNR kanak-kanak autisme sepanjang pelaksanaan program ini.

 

2.3       Protokol penilaian parameter Kekuatan Maksimum Otot                                                                        

2.3.1    Prosedur pengukuran

1. Sebelum melaksanakan ujian tekan tubi, peserta perlu melakukan beberapa set pemanasan untuk memanaskan otot.  

2. Pelaksanaan keseluruhan bateri ujian kecergasan ini adalah seperti gambar.

3. Peserta hendaklah bermula dalam keadaan bersedia dengan sokong hadapan dan tangan dibuka seluas bahu. Berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan hujung kaki. Kedudukan badan dan kaki sentiasa diluruskan dengan muka memandang kelantai.

4. Turunkan badan dengan fleksi siku sehingga dada menyentuh span yang tingginya 10 cm Luruskan tangan ke kedudukan asal. Turutan lakuan seperti Gambar A, B, dan C melengkapkan kiraan satu ulangan.

5. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit tanpa henti.

6. Skor dikira jika peserta melengkapkan lakuan yang betul seperti Gambar A, B,dan C. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi secara berterusan selama 1 minit, skor diambil kira berdasarkan bilangan ulangan yang dilakukan sehingga murid berhenti. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut prosedur ditetapkan.             

2.3.2    Justifikasi

Kekuatan otot amat penting bagi kanak-kanak menjalani kehidupan harian. Program intervensi renang ini memfokuskan peningkatan kekuatan otot khususnya otot tangan bagi membantu kanak-kanak autism menjalani kehidupan seharian dengan baik. Diharapkan juga program ini dapat membantu kanak-kanak autism dari aspek sensori kerana sensori berkait rapat dengan pergerakan otot.

Kanak-kanak autisme mengalami masalah dalam kemahiran menulis. Di antara sebabnya adalah kanak-kanak terlalu banyak didedahkan dengan gadget dan aktiviti yang terlalu banyak duduk dan jarang menggunakan tangan utk melakukan aktiviti pergerakan.Sehubungan itu, menurut (Liyana Raya, 2014) latihan kekuatan otot mampu mengatasi masalah  ini. Semua aktiviti kekuatan otot akan memberikan daya tahan kepada otot utk sampai ke satu tahap supaya apabila menulis,kanak-kanak autism akan dapat bertahan lama.

Membina kekuatan otot juga menawarkan banyak manfaat lain kepada kanak-kanak. Latihan berat badan dan rintangan boleh meningkatkan kepadatan mineral tulang (dengan kata lain, membuat tulang lebih kuat. Ia juga boleh meningkatkan keseimbangannya dan juga menambahbaik tahap kolesterol kanak-kanak autism (Catherine Holecko, 2019). Selain itu, latihan rintangan yang digunakan dalam latihan kekuatan membina kekuatan otot dan stamina. Ini membina jisim badan dan meningkatkan kadar metabolisme yang  amat bermanfaat untuk kanak-kanak yang berlebihan berat badan.(Paul Rogers, 2016).Latihan kekuatan secara berkala adalah baik untuk kesihatan jantung, tahap kolesterol, dan membina tulang yang kuat. Latihan kekuatan juga merupakan sebahagian daripada program untuk mengurangkan kecederaan kepada kanak-kanak ketika bermain.

Ujian tekan tubi Standard Kecergasan Malaysia (SEGAK) dipilih sebagai penilaian kerana ia paling mudah dan boleh dilaksanakan walaupun peserta berada di rumah dan tidak memerlukan peralatan yang banyak serta mahal. Ujian ini paling sesuai dilaksanakan untuk menilai perkembangan kekuatan otot kanak-kanak dan ia tidak membebankan kanak-kanak.           

 

2.4       Protokol Penilaian Parameter Ujian Masa 25m, 50m dan 100m.       

            Penilaian dilaksanakan menggunakan Ujian masa. Ujian kali pertama dijalankan untuk jarak 25m sahaja selepas 3 minggu latihan dilaksanakan. Tujuan ujian ini adalah untuk menentukan kelajuan berenang yang maksimum pada jarak dekat iaitu 25m diukur  dari permulaan junaman. Ujian boleh digunakan oleh  jurulatih untuk menilai kelajuan maksimum seorang perenang.

 

 

2.4.1    Prosedur Ujian Kepantasan

1. Setiap perenang bermula di petak permulaan junaman.
2. Masa dicatatkan dari  bermula junaman sehingga penamat dengan mula memerhatikan  sentuhan pergerakan dan tangan di dinding  sebagai masa yang tepat.

2.4.2    Justifikasi

Seperti kanak-kanak normal lain, aktiviti air atau sukan renang sesuai didedahkan kepada anak autisme sebagai satu bentuk terapi. Ini kerana renang dapat memenuhi keperluan deria individu autisme pada tahap rangsangan rendah. Terapi air antara kaedah terbaharu memberi peluang kanak-kanak penghidap autisme menikmati kehidupan sama seperti kanak-kanak normal lain. Hasilnya, pelatih mendapat jiwa tenang, fokus persekitaran, memperbaiki persekitaran, menambahbaik interaksi dan komunikasi serta peningkatan kemahiran motor.(Nor Hatina Shuib, 2017).

Malah kanak-kanak autisme juga mampu seiring dengan kanak-kanak normal dari sudut prestasi renang. Ujian masa dilaksanakan bagi melihat prestasi kanak-kanak autism dalam aspek kepantasan renang. Dengan ujian ini, kita dapat melihat tahap kemampuan sebenar kanak-kanak autism dalam sukan renang. Adakah kanak-kanak autism mampu berenang sepantas kanak-kanak lain. Adakah kanak-kanak autism mempunyai peluang untuk bersaing bersama kanak-kanak lain dalam sukan renang.

 



 

           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Selamat Datang

Pengenalan Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama autism ialah : Komunikasi Tindak balas sosial Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism. Tanda dan gejala Tanda dan gejala berlaku diseba...